Pengikut Sejati^^

Friday, November 19, 2010

SALAM AIDILADHA 1431 Hijrah




Alhamdulillah, bsyukur sangat dapat bertemu skali lagi Aidiladha..



HIKMAH HAJI

1. Mendapat tarbiah langsung daripada Allah - Di kalangan mereka yang pernah mengerjakan haji, mereka mengatakan bahawa Ibadah Haji adalah kemuncak ujian daripada Allah s.w.t. Ini disebabkan jumlah orang yang sama-sama mengerjakan ibadah tersebut adalah terlalu ramai hingga menjangkau angka jutaan orang. Rasulullah bersabda: "Bahawa Allah Azza wa jalla telah menjanjikan akan 'Rumah' ini, akan berhaji kepadanya tiap-tiap tahun enam ratus ribu. Jika kurang nescaya dicukupkan mereka oleh Allah dari para malaikat." Sabda Rasulullah laga, "Dari umrah pertama hingga umrah yang kedua menjadi penebus dosa yang terjadi diantara keduanya,sedangkan haji yang mabrur (haji yang terima) itu tidak ada balasannya kecuali syurga." (Bukhari dan Muslim)

2. Membersihkan dosa - Mengerjakan Ibadah Haji merupakan kesempatan untuk bertaubat dan meminta ampun kepada Allah. Terdapat beberapa tempat dalam mengerjakan ibadah haji itu merupakan tempat yang mustajab untuk berdoa dan bertaubat. Malah ibadah haji itu sendiri jika dikerjakan dengan sempurna tidak dicampuri dengan perbuatan-perbuatan keji maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya sehingga ia suci bersih seperti baru lahir ke dunia ini. Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang melakukan Ibadah Haji ke Baitullah dengan tidak mengucapkan perkataan keji, tidak berbuat fasik, dia akan kembali ke negerinya dengan fitrah jiwanya yang suci ibarat bayi baru lahir daripada perut ibunya." (Bukhari Muslim)

3. Memperteguhkan iman - Ibadah Haji secara tidak langsung telah menghimpunkan manusia Islam dari seluruh pelusuk dunia. Mereka terdiri dari berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa pertuturan. Hal ini membuka pandangan dan fikiran tentang kebenaran Al-Quran yang diterangkan semua dengan jelas dan nyata. Firman -Nya: "Hai manusia,sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal." (Al-Hujurat 13) "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlainan bahasamu dan warna kulitmu." (Ar-Rumm 22)


HIKMAH IBADAH QURBAN

1) Ibadat korban dapat membawa kebaikan dhttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=7953314237873873198alam kehidupan bermasyrakat dengan mempereratkan hubungan kasih sayang diantara golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan seumpamanya dan dengan golongan yang bernasib baik yang dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T. dengan kekayaan dan kelapangan hidup melalui pengagihan daging-daging korban tersebut. 2) Ibadat korban juga berupaya membentuk insan yang bersyukur dengan rezeki yang ALLAH kurniakan kepadanya melalui penyembelihan haiwan korban yang dilakukannya dengan menggunakan hasil rezeki tersebut dalam rangka beribadat dan mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T.. 3) Ibadat korban juga dapat membentuk jiwa yang ikhlas kerana sejumlah wang ringgit telah dibelanjakan hanya demi untuk mendapat keredhaan ALLAH S.W.T.. 4) Ianya juga merupakan bukti ketakwaan kita kepada ALLAH S.W.T. kerana menurut perintahnya. 5) Ibadat korban merupakan amalan yang mulia dan sesiapa yang menunaikan ibadat tersebut bakal menerima khabar gembira daripada ALLAH S.W.T. iaitu balasan serta ganjaran yang baik daripada-NYA

Smg segala amal ibadah kite diterima dan diberkati oleh Allah, amin..

Sejak malam raye lagi abah dah asah parang kasi landep (tajam).. sbb abah adelah salah sorang penyembelih lembu/kambing utk dijadikan qurban. Alhamdulillah, kt kampong aku ni 17 ekor lembu y dijadikan qurban. Alhamdulillah. Smg insan insan y berniat qurban ini dterima Allah jua ibadahnya. Amin.

inilah suasana Hari Raya Aidiladha kuage aku :)







No comments: