Pengikut Sejati^^

Friday, August 27, 2010

tarawih dan witir...


Alhamdulillah, RAMADHAN kali ni aku dapat jgk solat terawih dan witir berjemaah kat masjid spt ramadhan2 sblmnye.. mmg la bukan tiap malam aku buat solat traweh n witir tu berjemaah kat masjid, tapi trase semangat tip tOp! pabila sama2 kmpul sesame Islam kat masjid dan itulah kekuatan kite sbg umat Islam .. Alhamdulillah :)

Kalini pnye traweh kt masjid kampong aku, mmg berbeza sbb aku rase ni la kali pertama imam masjid kampong aku tu 100% guna surah lazim utk solat traweh.. biasenye imam n para jemaah msjid akan habiskan 1 juzuk = 1malam.. jadi surah2 y dbace panjang..


Kat cni marilah kite same2 berkongsi ilmu bagi mempertingkatkan tahap iman dan amalan. Smg Allah menerima taubat kita.. Amin


Sesiapa yang mendirikan sembahyang malam pada bulan Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu. (riwayat Muslim).


Witir itu maknanya ganjil, yakni tidak genap bilangan rakaatnnya. Ulamak bersepakat bahawa waktu solat sunat witir itu ialah selepas solat Isyak hingga sampai fajar.(hadis riwayat daripada Abu Tamin Al-Jaisyani)

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (Al-Qadr: 1-3)


“Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah”

Sumber dari : http://syaeirah.blogspot.com/2010/07/ramadan-penuh-keberkatan.html


No comments: