Pengikut Sejati^^

Monday, July 26, 2010

~ AJAL TERSEDAK PETAI ~


mymetro
2010/07/26

KANGAR: Seorang pengawal keselamatan tidak sempat menikmati hidangan malam berulam petai selepas meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di bangunan Arked Mara di sini, semalam.Mohamad Noor Long, 51, dari Abi Kubang Badak, Bintong, dekat sini, tersedak ketika menikmati ulam petai bersama nasi sebelum menghembuskan nafasnya.

Mayatnya dijumpai seorang kakitangan Mara yang gagal memasuki bangunan kerana berkunci dan melihat mangsa terlentang atas lantai bilik dengan nasi berlumuran di mulut, kira-kira jam 7.15 pagi.

Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, Mohamad Noor yang juga bekas peneroka, bertugas di sebuah syarikat keselamatan di sini, sejak beberapa tahun lalu dan bekerja syif malam pada hari kejadian.

“Arwah dipercayai tersedak dan mengalami sesak nafas.
“Malam tadi, seorang rakan selesai tugas jam 8 malam sebelum diganti mangsa, sempat berbual dengannya sehingga jam 11 malam dan selepas itu, mangsa menikmati makanan.
“Cebisan petai bersama nasi masih di mulutnya ketika mayat ditemui pagi ini,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, yang dalam perjalanan menghadiri satu majlis, sempat menziarahi jenazah Mohamad Noor dan mengucapkan takziah kepada keluarganya di bilik mayat berkenaan.

Rakan Mohamad Noor berkata, kakitangan Mara berkenaan yang terkejut melihat mayat mangsa terlentang di atas lantai, memaklumkan polis sebelum mayatnya dihantar ke HTF untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki berkenaan dan menolak sebarang unsur jenayah.

Katanya, pihaknya mendapati tiada kecederaan pada tubuh mangsa, manakala telefon bimbit dan beg duitnya masih di sisi mayat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
JENIS PETAI n PETAI Y MENYELERAKAN
PETAI CINA
PETAI BELALANG

sambal udang petai

9 comments:

Unknown said...

kesian..pokcik nih...mkn baca bismillah ke tak nih..sempt tk agk2nyer nk mengucp time tersesk nfs tuh..


berkemungkinn pakcik ni teln petai tuh bkn kunyh..then tercekik lalu tersesk nafas..ksian..tp citernyer cm lucu..dah ajal..innalillah..Allah ada macm2 cara nk tarik nyawa..iktibr..

p/s:suke mkn smbl petai..tp tk tau plak ader bnyk jenis petai...

amazing m a r i a said...

suke jgk smbal petai, tp kalo kene y fresh lagi feel wO..haha

Unknown said...

kalo fresh2..org teln terus..pahit kot haha

amazing m a r i a said...

maria suke y fresh..

Unknown said...

makn ngn nasi r...haha ..maria boleh makan cmgtu trus ke..???

amazing m a r i a said...

mkn fresh ngn nsi..
takkan makn kalo da dmask dlm lauk atau smbal.. kesian weh petai tu..
sdap2 dmakn fresh kok dmasak..haha

Unknown said...

ya gitu plak dong...aduh pahit seh...

amazing m a r i a said...

tak tak
lidah msg2..hehe
i org kg je, bse ar tu sume ..

Unknown said...

gue olang kmpung jugak tapi ngak tulen hoho...bisa2 dimakan..gitu aja..hoho