Pengikut Sejati^^

Wednesday, January 27, 2010

BERKABUNG...




innnalillah..

Jan 22, 10 11:39pm


Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas
dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman
di sini malam ini.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April
1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan
Agong kelapan.

- Bernama

diantara jasa2 baginda

Pembangunan Wilayah Iskandar (Iskandar Malaysia)



SULTAN JOHOR YANG BARU~
pewaris raja berjiwa rakyat

Pada 23 Januari 2010, perlantikan Sultan Johor berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895. Menteri Besar Johor , Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan perlantikan itu di Istana Besar Johor Baharu pada pukul 10.21 pagi. Mengikut tradisi Kesultanan Johor , baginda mengangkat sumpah sebagai Sultan Yang Dipertuan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala takluknya.

Biodata

Sultan Ibrahim Ismail dilahirkan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Baginda merupakan anak sulung daripada 10 adik-beradik .Kemudian ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Pada 25 April 1984 semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelapan, baginda dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor.

Pendidikan

Baginda belajar di Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1 , Johor. Kemudian belajar di Trinity Grammar School, Australia pada 1968 - 1970. Seterusnya kembali belajar di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB).

Di samping itu belajar asas-asas agama Islam di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Bahru. Seterusnya dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan. Di Pangkalan tentera Amerika syarikat, Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat baginda mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara. Seterusnya mengikuti Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika Syarikat. Selepas itu, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor.

Baginda menerima sayap penerbangan selepas menerima kursus latihan helikopter di Kem Tentera Kluang. Tuanku juga menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

Sukan

Tuanku menyertai kejohanan polo antarabangsa di Singapura, Manila dan Brunei. Sukan lain ialah tenis, luncur layar, menembak dan memandu kereta. [1]

Keluarga

Sultan Ibrahim Ismail berkahwin dengan Raja Zarith Sofiah kerabat diraja Perak pada 1982 .Mereka mendapat 5 putera dan 1 puteri, iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar, Tunku Amina, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Iman.



No comments: