Pengikut Sejati^^

Monday, December 13, 2010

Maria, bagaimana saya memulakan perniagaan dari kosong (Khamis ini di KL)

Maria,

Kebanyakan daripada kita mahu menjalankan perniagaan sendiri, mahu bebas kewangan dan bebas masa untuk bersama keluarga. Sering kali, halangan yang kita hadapi adalah, kita selalu memikirkan "saya perlu duit yang mencukupi untuk menjalankan perniagaan".

Sekiranya MODAL merupakan faktor utama kepada anda, saya mencadangkan supaya anda menyemak dan mengenalpasti 3 kaedah ini untuk memulakan perniagaan dengan modal yang MINIMA iaitu;

1. TANGGUHKAN perniagaan yang biasa dilakukan oleh usahawan lain seperti menyewa pejabat, mengupah pekerja dan sebagainya yang melibatkan kos PERMULAAN yang tinggi. Menangguh bukan bermakna untuk selama-lamanya tidak mempunyai pejabat TETAPI ia adalah permulaan bagi kita dalam memulakan perniagaan- ianya boleh dijalankan dari rumah.

2. Menjalankan perniagaan melalui Internet menggunakan tools2 Internet yang sedia percuma, seperti blog, Facebook, dan Paypal, yang hanya memerlukan sedikit usaha daripada anda untuk menambahkan cara, kaedah dan strategi menjalankan perniagaan Internet.

3. Belajar kaedah menguruskan masa. Sebenarnya, modal dan masa adalah komoditi yang sama sifatnya. Sekiranya anda tiada modal untuk memulakan perniagaan, anda perlu mengorbankan lebih masa. Caranya adalah dengan mengetahui cara menguruskan masa anda dan memulakan perniagaan secara sampingan dari rumah.

Ada banyak lagi cara yang boleh anda lakukan untuk menjalankan perniagaan dari 0, antaranya mengetahui apa yang pelanggan mahukan, apa yang perlu kita tawarkan serta langkah yang boleh kita ambil secara percuma untuk mepromosikan perniagaan kita. Menarik bukan?

Anda berpeluang untuk bersama-sama saya dan rakan-rakan saya dari peoplepreneur biz school yang akan mendedahkan "memulakan perniagaan dari 0" iaitu;

Tarikh : 16 Disember 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 malam - 11.00 malam
Tempat : Hotel Cititel Mid Valley Kuala Lumpur
Tajuk : Seminar "dari 0" Masuk PERCUMA

Sesi PERCUMA ini ditaja oleh DiGi. Saya akan mengendalikan sesi Bicara Santai bersama anda untuk anda ketahui cara sebenar menjana pendapatan melalui Internet melalui perniagaan walaupun tanpa modal.

Jumpa ANDA di sana!

-Irfan Khairi
Damansara, KL


nota kaki kiri dan kanan : Aku dapat jemputan ni dari IK. FREE pulak tuu.. mmg lame dah nak join seminar dy ni, harap harap Khamis ni aku dapat pg tanpe sbrg halangan dr segi cuaca, kenderaan ke ape.. InsyaAllah. I will go to catch this opportunity!!

5 comments:

:: thats really me :: said...

akak sokong..go further maria, u have an effort..man jadda wa jada =) sape usaha die berjaya ..huhuh nati akak bleh tuntut ilmu yg same dari kamu...boleh je bukan??heeeee..

amazing m a r i a said...

support me? dgn ape duet? moral? haha
thanks vry much :)

tuntut ilmu? free? NO =P

Unknown said...

aku dah berkali2 dpt twarn free dari IK tapi semua jauh2 seh seminarnyr huhu..x terdaya..gue..
ade peluang pergi jgn tak pergi kalo terdaye..baguih r maria pegi jgn x pegi!..=)

:: thats really me :: said...

support dengan doa maria...even xdketahuai...niat yg terbaik akan menyuluh jalan yg terang..huhuh,hanya itu yg termamapu sebagai insan yg lemah....=)

go for it!! gud luck in ur life...

amazing m a r i a said...

nawi : okies :)

kak sya sayang : mmmuah lebiu so much.. thanks byk2 tau :)