Pengikut Sejati^^

Showing posts with label aku dan pencipta. Show all posts
Showing posts with label aku dan pencipta. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

KAWEN .. sape tanak kan... hehee =P



SHARING FROM FACEBOOK :)

Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.

Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.
Teruna : segan cik. Hehe
Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa G : boleh takda masalah
Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20 ribu
Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu cik?
Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki
Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh sikit-sikit kot
Teruna : kali terakhir bila?
Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu G : kenapa?
Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa G : serius lah sikit.
Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”

“petang ni takde mood nak keluar, Sory.

Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.

Kesudahannya...... :)

Tuesday, May 29, 2012

sejauh manakah IMAN kita?


rasa iman terkadang kurang
malu kat allah. smoga allah sntiasa beri hidayah pd maria utk jadi lebih baik

= iman kita akhir zaman ni x macm iman para sahabat yang meningkat setiap hari..kita ni iman yang banyak turun dan yang paling teruk ialah keluar masuk iman..itu yang bahaya..tap imohonlah pelihara iman..saya pernah mengecapi manisnya iman di mana pada waktu tu saya akan menangis bila dengar istifar dan al quran, sekarang iman nipis time solat x rasa mcm nak nangis dah..jauhnya dari ALLAH..

saya rindukan kawan2 dakwah islamiah sy smasa diploma.. 

= bila rindu, try la cntact balik...JGAN TINGGAL KAWAN2 YANG ditarbiah dengan dakwah..rugi sangat...x emua ALLAH pilih jalan ini.
*semua

contact lagi... tp mreka smua jauh...
mase stady week semester lepas, maria stady kat masjid uitm.
tiba2 ada sorang shabat y dah lama tak jumpa sejak spm, dtg tegur maria..
dgn muka y sangat brbeza... berseri2..
penuh dgn nasihat dan kata2 hikmah
sentiasa membawa al quran kecil kemana saja...
maria peluk dia, menangis..
kami sama2 menangis.

= subhanllah!!!! ALLAH pertemukan maria dan kawan di tempat yang turunnya rahmat iaitu di masjid.. pikir x kenapa ALLAH x temukan di shopping complex ke atau di tandas tapi memilih rumahNYA untuk menemukan MARIA DAN KAWAN?.. perancangan ALLAH itu baik kerana ALLAH TAHU apa isi hati maria yang cintakan dakwah...
apa yang ALLAH takdirkan untuk maria adalah yang terbaikkkk..tahniah dipilih UNTUK dapat nikmat ini....x semua ALLAH buka hati dan jalan tarbiah dalam hidupnya..


= x pela..dah ALLAH bagi sedar, better maria ambik pengajaran.. benda baik selalunya ALLAH BAgi lintasan sekali je, pastu ALLAH serahkan pada kita untuk buat keputusan, dalam buat keputusan itulah syaitan akan ganggu perasaan kta mcm malu tu..so lintasan pertama itu adalah isyarat dari ALLAH......moga kita dapat RahmatNYA..

= subhanallah...semuanya datang dari ALLAH..peringatan ini untuk saya juga yang lemah ni....nite..assalamualaikum..

waalaikumussalam

Monday, December 13, 2010


BILA KITA DIUJI

Doa Mohon Ketabahan Hati dan Iman


Kehidupan adakalanya terasa berat untuk dipikul.
Namun sedarlah.
Allah tidak mungkin sesekali zalim pada hambanya.
Dan sekiranya sesuatu itu hendak diletakkan pada galasan kita.
Allah mengetahui kemampuan kita.
Pada saat itu.
Kembalikan renungan pada allah.
Renungan yang yang lama kita palingkan.
Ingatan buat saya dan semua.
Bangkitlah.
Bila orang memandang rendah pada kita.
Bila orang memandang serong pada kita.
Bila orang menuduh itu dan ini pada kita
teruslah bangkit
hadapi hidup mengikut petunjuknya.
Hadapi hidup terus bersama keyakinan yang tinggi.
Allah Maha Mengetahui..
Yakinlah..
Bila kita diuji.
Allah masih menyanangi kita.
Bila saat kita menghadapi sulit.
Ingat masih ada keluarga di sis sebagai motivasi.
Masih ada sahabat sejati yang menyuntik insani.
Teruslah yakin..kerana jawapan yang pasti akan hadir.
Bila tiba saatnya nanti..
Yakinlah..
Yakinlah..

Sunday, December 12, 2010

SALAM MUHARAM 1432 HIJRAH

Macam2 y aku nk share kt blog ni.. tapi takde idea nk mengarang..ehm, aku rase aku byk fikir.. macam2.

Tapi bile dinilai smula ape y aku dok pikir tu.. tak jmp punce plak..

Ya Allah.. smoge hijrah ku pada tahun baru ini ke arah HIJRAH MENUJU-MU YA ALLAH..amin

Tuesday, December 7, 2010

nikah muda bahagia: kawin muda bahagia

nikah muda bahagia: kawin muda bahagia: "aku terbaca salah satu maksud ayat Al Quran yang membuatkan aku tersentak! “ Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di ka..."

Friday, November 19, 2010

SALAM AIDILADHA 1431 Hijrah




Alhamdulillah, bsyukur sangat dapat bertemu skali lagi Aidiladha..



HIKMAH HAJI

1. Mendapat tarbiah langsung daripada Allah - Di kalangan mereka yang pernah mengerjakan haji, mereka mengatakan bahawa Ibadah Haji adalah kemuncak ujian daripada Allah s.w.t. Ini disebabkan jumlah orang yang sama-sama mengerjakan ibadah tersebut adalah terlalu ramai hingga menjangkau angka jutaan orang. Rasulullah bersabda: "Bahawa Allah Azza wa jalla telah menjanjikan akan 'Rumah' ini, akan berhaji kepadanya tiap-tiap tahun enam ratus ribu. Jika kurang nescaya dicukupkan mereka oleh Allah dari para malaikat." Sabda Rasulullah laga, "Dari umrah pertama hingga umrah yang kedua menjadi penebus dosa yang terjadi diantara keduanya,sedangkan haji yang mabrur (haji yang terima) itu tidak ada balasannya kecuali syurga." (Bukhari dan Muslim)

2. Membersihkan dosa - Mengerjakan Ibadah Haji merupakan kesempatan untuk bertaubat dan meminta ampun kepada Allah. Terdapat beberapa tempat dalam mengerjakan ibadah haji itu merupakan tempat yang mustajab untuk berdoa dan bertaubat. Malah ibadah haji itu sendiri jika dikerjakan dengan sempurna tidak dicampuri dengan perbuatan-perbuatan keji maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya sehingga ia suci bersih seperti baru lahir ke dunia ini. Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang melakukan Ibadah Haji ke Baitullah dengan tidak mengucapkan perkataan keji, tidak berbuat fasik, dia akan kembali ke negerinya dengan fitrah jiwanya yang suci ibarat bayi baru lahir daripada perut ibunya." (Bukhari Muslim)

3. Memperteguhkan iman - Ibadah Haji secara tidak langsung telah menghimpunkan manusia Islam dari seluruh pelusuk dunia. Mereka terdiri dari berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa pertuturan. Hal ini membuka pandangan dan fikiran tentang kebenaran Al-Quran yang diterangkan semua dengan jelas dan nyata. Firman -Nya: "Hai manusia,sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal." (Al-Hujurat 13) "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlainan bahasamu dan warna kulitmu." (Ar-Rumm 22)


HIKMAH IBADAH QURBAN

1) Ibadat korban dapat membawa kebaikan dhttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=7953314237873873198alam kehidupan bermasyrakat dengan mempereratkan hubungan kasih sayang diantara golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan seumpamanya dan dengan golongan yang bernasib baik yang dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T. dengan kekayaan dan kelapangan hidup melalui pengagihan daging-daging korban tersebut. 2) Ibadat korban juga berupaya membentuk insan yang bersyukur dengan rezeki yang ALLAH kurniakan kepadanya melalui penyembelihan haiwan korban yang dilakukannya dengan menggunakan hasil rezeki tersebut dalam rangka beribadat dan mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T.. 3) Ibadat korban juga dapat membentuk jiwa yang ikhlas kerana sejumlah wang ringgit telah dibelanjakan hanya demi untuk mendapat keredhaan ALLAH S.W.T.. 4) Ianya juga merupakan bukti ketakwaan kita kepada ALLAH S.W.T. kerana menurut perintahnya. 5) Ibadat korban merupakan amalan yang mulia dan sesiapa yang menunaikan ibadat tersebut bakal menerima khabar gembira daripada ALLAH S.W.T. iaitu balasan serta ganjaran yang baik daripada-NYA

Smg segala amal ibadah kite diterima dan diberkati oleh Allah, amin..

Sejak malam raye lagi abah dah asah parang kasi landep (tajam).. sbb abah adelah salah sorang penyembelih lembu/kambing utk dijadikan qurban. Alhamdulillah, kt kampong aku ni 17 ekor lembu y dijadikan qurban. Alhamdulillah. Smg insan insan y berniat qurban ini dterima Allah jua ibadahnya. Amin.

inilah suasana Hari Raya Aidiladha kuage aku :)







Wednesday, July 28, 2010

Izinkan Aku .. [ memohon keRedhaan-Mu ]

Bilakah Aku Jatuh Cinta
Rabbi... Aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh hati
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau Rabbi...
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Muyang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuhRabbi...
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pilihkan untukku seorang yang hatinyapenuh dengan kasih dan cinta-Mu
Dan membuatku makin menganggumi-Mu Rabbi...
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami,
Jodohkanlah kami, Satukanlah kami,
Berilah kami kesempatan untuk lebihmendekati cinta-Mu,
Dalam suasana yang sakinah, mawaddah dan rahmah Rabbi...
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah
Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Izinkanlah aku untuk menemui kerinduan-Mu
Dari Seorang Teman yang Tak Kutahu Namanya
وْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ َلأَََََحَدٍ لأَِمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا
Andai aku dibolehkan menyuruh seseorang sujud pada orang lain niscaya akan aku perintahkan wanita sujud kepada suaminya (HR. Turmudzi, no. 1079)
~ ♥ maria ♥ ~

Saturday, June 12, 2010

YA ALLAH, HANCURKANLAH ISRAEL LAKNTULLAH !!!









Salam

Saya menyeru semua umat Islam dimana saja agar berdoa dan solat hajat agar negara Israel hancur dan doa agar umat islam di bumi Palestin di lindungi Allah dalam keadaan selamat. Semoga semua negara negara Islam bangkit dari tidur lena mereka dan berperang dengan Israel. Boikot barangan Irael dan USA. Isreal dan Amerika adalah paksi kejahatan dunia _ NAZRAN

Sunday, May 2, 2010

AMPUNKAN DIRIKU~

YA ALLAH...
aku banyak dosa YA Allah...
banyak dosa aku padamu YA ALLAH....
kejam nya aku yA Allah... dosa yang aku buat.. akan di tanggung oleh bapa ku...
abang2 aku YA ALLAH...

Kau jauhkan mereka dari api neraka MU ya Allah..
Ya Allah betapa nipis nya iman ku pada mu Ya ALlah...
sehinggakan kau letak kan dugaan yang terseberapa besar...
tetapi aku tak dapat nak kuatkan Iman ku...

Ya Allah... aku tak berhak mendapat cinta Mu YA Allah,..
sedangkan cintaKU padaMU tak setebal mana...
Aku masih lakukan benda yang tak patut aku buat...
dapatkah aku menghidu bau syurga Mu sedangkan... aku tak layak..
malah aku ni hamba yang jijik yang akan mengotor kan syurgamu.. agama mu...

Kau sediakan segala nya.. harta pada ku...
ilmu padaku...
semuanya.. Ya Allah..
tapi bila aku di cuit yang dugaan mu.. aku... gagal untuk kawalkan diri aku..
idup aku lebih pada dunia...
sedangkan tiada yang kekal di dunia ni..
kau berhak hukum aku Ya Allah,...
hukum aku...
seksa la aku di dunia ni...
biar aku dapat hapuskan dosa aku yang maha berat ni YA Allah...

tak tertanggung beban di jiwa ni.. rase bersalah dengan kedua ibu bapa ku...
terutama terhadapmu Ya Allah..

kau ampunkan dosa ibu bapa ku ya Allah.. keluarga ku yA ALlah...
kau jangan biar kan mereka diseksa kerana menanggung dosa ku..
sedangkan aku yang melakukan nya...

Allah...

Monday, February 1, 2010

YA ALLAH, JADIKANLAH AKU DIRIKU Y SEBENAR

M A R I A.....
bangkit dari keresahan..
bangkit dari kelemahan..
bangkit demi menjaga maruah diri..
bangkit demi keBAHAGIAan DUNIA & AKHIRAT..

mulakan langkah mu dgn LAILAHAILLALLAH..
insy' tuhan sedia membantu
amin.